Monday 2 September 2013

Ruzi's Food Produk Sampling

Proses mendekatkan diri kepada pelanggan merupakan salah satu kaedah yang terbaik dalam mempromosikan sesuatu produk. Ruzi's Food Enterprise juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan produk makanan sejuk beku mereka secara lebih dekat kepada pelanggan mereka tidak kira pelanggan baru ataupun yang sedia ada. Kali ini, Ruzi's Food Enterprise diberi peluang untuk membuat satu lagi promosi dengan mengadakan pemberian "sampling" kepada pelanggan bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai merasai aroma sebenar produk sejuk beku keluaran mereka. 
Bertempat di Pasaraya Nirwana dan Mydin Mall, Kubang Kerian Kelantan, kebanyakan pengunjung memberikan respon positif terhadap produk keluaran syarikat Bumiputera ini. Kepada penduduk di sekitar Kota Bharu atau berdekatan, anda boleh mendapatkan produk daripada Ruzi's Food di Pasaraya besar seperti Mydin Mall da Nirwana supermarket.




Sunday 30 June 2013

Ceriakan Ramadhan anda bersama Ruzi's Food

Ramadhan kali ini bakal menjelma dan dijangka 1 Ramadhan pada tahun ini jatuh pada tarik 10 Julai 2013. Bersama- sama lah kita memeriahkan bulan yang penuh keberkatan ini dengan majlis ilmu dan amalan yang mulia seperti beribadah dan bersedekah. Ruzi's Food menyediakan pelbagai jenis makanan sejuk beku yang mudah disediakan seperti Roti goreng Kacang, Coklat, Sardin & ikan bilis, Roti canai, Donat dan Sardin Roll. Kunjungi pasaraya disekitar Kelantan berhampiran anda untuk mendapatkan produk Ruzi's Food.


Penubuhan Ruzi's Food

Bermula daripada jualan kecil-kecilan oleh ibu pemilik, Puan Hjh. Hasnah binti Abdul rahman di kampung Alor Melaka, Pulai Chondong, Machang, Kelantan pada tahun 1999. Produk utama pada ketika itu hanyalah Roti Canai segera yang diusahakan sendiri dan dibantu oleh ayahnya Allahyarham Hj. Haron bin Mahmood. Jualan mendapat sambutan hangat daripada penduduk kampung terutamanya jiran terdekat.

Setelah beberapa tahun menjalankan perniagaan, permintaan terhadap produk Hjh. Hasnah semakin meningkat menyebabkan abang sulung pemilik, Suhaimi bin Haron menghadiahkan sebuah mesin pengadun roti kepada ibunya untuk meringankan beban dalam menghasilkan produk Roti Canai segera. Bermula dari sinilah permintaan semakin meningkat sehinggakan penduduk dari kawasan setempat seperti Pekan Ketereh dan Machang pun turut menunjukkan sambutan yang baik.

Tawaran daripada pihak Jabatan Pertanian Machang untuk memberikan subsidi peralatan untuk memudahkan proses penghasilan produk telah menambahkan semangat dan keyakinan Hjh. Hasnah untuk memperluaskan pasaran produk sejuk beku beliau. Pada tahun 2006 pula, pihak Jabatan Pertanian Machang akhirnya meluluskan pemberian subsidi kepada Hjh. Hasnah dalam bentuk peralatan seperti mesin pengadun roti, meja serta peti sejuk.

Setelah beberapa bulan beroperasi, Hjh, Hasnah jatuh sakit sekaligus menjadi penghalang untuk beliau meneruskan perniagaan beliau. Perusahaan tersebut seolah-olah terbengkalai akibat kekangan yang dialami. Hal ini menyebabkan pemilik Ruzi's Food, Pn. Ruzilawati binti Haron membuat keputusan untuk meneruskan perjuangan ibu beliau dalam perniagaan sejuk beku. Setelah berbincang dengan suami beliau, Allahyarham Mohd. Zawawi bin Muhamed dan kedua mertua, akhirnya persetujuan telah dicapai dan perusahaan akan diteruskan tetapi tempat pemprosesan dipindahkan ke Kampung Kemumin, Pengkalan Chepa setelah segalanya mendapat persetujuan dari pihak Jabatan Pertanian Machang.

Ruzi's Food memulakan operasi pada 1 januari 2009 dengan sokongan dari arwah suami pemilik. Allahyarham menyediakan sebuah kilang bersaiz kecil kepada Pn. Ruzilawati dengan modal sendiri dengan anggaran kos sehingga RM 50 000. Dengan adanya kilang tersebut, Pn. Ruzilawati telah memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dimana 4 orang penduduk di kawasan tersebut bersetuju untuk memberikan komitmen untuk bekerja di kilang Ruzi's Food.

Rezeki Pn. Ruzilawati datang lagi apabila Jabatan Pertanian Negeri Kelantan berbesar hati menyumbangkan subsidi peralatan pemprosesan produk kepada Ruzi's Food seperti mesin penimbang, mesin penapis dan mesin ketuhar. Hasil usaha dan berkat dari Allah serta sokongan dari anak-anak dan keluarga, Ruzi's Food pada masa sekarang telah memiliki sebuah pejabat urusan dan sebuah kedai berhadapan dengan rumah beliau.

Pn. Ruzilawati bijak dalam mempelbagaikan produk dimana beliau telah memutuskan untuk menghasilkan beberapa produk lain seperti roti goreng dengan pelbagai inti seperti kacang, coklat, sardin dan ikan bilis selain daripada menghasilkan Donut dan Sardin Roll. Beliau memerah keringat untuk memsarkan produk beliau keseluruh kawasan di Kelantan dengan memasarkan produk beliau di pasaraya besar seperti Mydin, Nirwana, KS Chu, Aneka dan banyak lagi kedai runcit di sekitar kawasan pekan Tanah Merah, Machang, Ketereh, Kota Bharu, Pasir Putih dan kok Lanas. 

Ruzi's Food semakin menjadi tumpuan oleh Jabatan Pertanian Kota Bharu sebagai perusahaan yang mempunyai potensi dan menambahkan lagi subsidi peralatan yang diperlukan. Pn. Ruzilawati juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan ilmu dalam bidang perniagaan dengan menghadiri kursus dan seminar yang dianjurkan oleh pelbagai pihak bertujuan untuk menambah pengetahuan untuk memajukan perniagaan beliau.

Pada tahun 2011, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) telah meluluskan sijil Halal untuk produk Ruzi's Food setelah memenuhi peraturan dan piawaian yang telah ditetapkan. selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia turut memberikan sijil MeSTi kepada Ruzi's Food dimana operasi pengeluaran produk Ruzi's Food dijamin bersih dan mengikut standard lain-lain perusahaan. Kerjasama diteruskan untuk mempromosikan produk Ruzi's food apabila Pn. Ruzilawati mengadakan usahasama dengan SIRIM dan SME Corp. Malaysia bagi pengurusan penjenamaan dan pembungkusan manakalan FAMA dan MTI turut memberikan sumbangan dimana mereka membantu Ruzi's Food memperluaskan pasaran.

Produk Ruzi's Food mendapat liputan dari semua pihak media dan pernah ditayangkan dalam segmen "Gemilang Malaysia" di TV1. Kini, Ruzi's Food semakin berkembang maju dengan beberapa kunjungan susulan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan yang bertujuan mempromosikan produk Ruzi's Food ke pasaran tempatan.





Olah semula oleh: Hafiz (Universiti Malaysia Kelantan, SME Corp. Junior Consultant)